Sunday, 31 January 2016

Harga runcit bagi RON95, RON97, diesel turun (Breaking news - 31012016)

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen berkuatkuasa Isnin.

Bermula jam 12 tengah malam Ahad, harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, RON97 pada RM2.05 seliter, manakala diesel pula ialah RM1.35 seliter.

Penurunan harga petrol itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Pada 1 Januari lalu, harga runcit petrol RON95 ialah RM1.85 seliter manakala RON97 pada RM2.25 selitir dan diesel pada RM1.60 seliter. #31012016
Image by Izham Iqbal

No comments:

Post a Comment